Nuffnang

Thursday, September 6, 2012

WaRkAh BuAt AnAkaNdA

Assalamualaikum....

Kehadapan anakku NUR ATIYAH NASUHA yang tercinta..
Semoga kamu membesar menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat
Ketahuilah oleh kamu bahawa tiada apa yang dapat mengembirakan hati kami selain kelahiranmu
Anakku...
Tiada harta benda yang dapat ibu dan abah wariskan kepada kamu kerana itu semua hanya sementara
Sentiasalah kamu berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai penyuluh kamu di dunia ini
Janganlah sekali-kali kamu  keluar dari landasan iman kerana sesungguhya dunia ini terlalu banyak tipu helahnya
Anakku...
Ibu dan Abah tidak pandai menyulam puisi indah untuk tatapan kamu
Tetapi sulaman cinta dan kasih sayang kami kepada kamu adalah ikhlas dari hati kecil kami
Cinta lah kamu wahai anakku kepada Allah melebihi cinta kamu kepada makhluk
Kerana dengan mencintai Nya segala cinta di dunia akan datang sendiri kepada kamu
Annakku...
Membesarlah menjadi insan yang solehah
Didiklah diri kamu untuk sentiasa taat pada perintahNya
Peliharalah diri kamu dari godaan dunia
Ibu dan abah akan sentiasa mendoakan kamu sentiasa berada di bawah payung RahmatNya
Aminn Ya Rabbal Alamin...
Selamat Hari Lahir Anakku Nur Atiyah Nasuha Binti Muhammad Asmawi

 Lilypie First Birthday tickers



Alhamdulillah...genap setahun Nasuha menikmati susu ibu...semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan ini...syukurrr di atas nikmat Mu Ya Allah...

p/s: puisi buat sendiri..ikhlas dari hati...kalau kelakar jgn gelak..aku tak ada bakat meii..ekekeke...:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...